Laporan Bulan Ini


STATUS PEMANTAUAN PROJEK (KERJA FIZIKAL DI TAPAK)

KERJA-KERJA FIZIKAL

KERJA TANAH BAGI KAWASAN BANGUNAN UTAMA, BANGUNAN M&E DAN BLOK WASTE MANAGEMENT – KUANTITI TERKINI 30,245.97 m3 / 45,381 m3. (66.6 % SIAP).

KERJA PENANDAAN POINT PILING BAGI BANGUNAN UTAMA SIAP 90% OLEH JURUUKUR TAPAK.

SEBANYAK 836 POINT CERUCUK UNTUK BANGUNAN UTAMA DARIPADA 1369 POINT SIAP DILANTAK SEHINGGA 26.01.2015. (61 % SIAP)

UJIAN MLT (MAINTAIN LOAD TEST) NO 4 BAGI POINT Q/21 – C9 (500mm Ø) DI KAWASAN BANGUNAN UTAMA SIAP DIJALANKAN. (09.01.2015 - 12.01.2015)

 

PELAN TINDAKAN PEMULIHAN
KERJA PILING

- Sehingga 27/01/2015 cerucuk yang telah dilantak adalah sebanyak 915 point daripada baki keseluruhan 1369 point.
- Baki 454 point dijangka siap pada 10/02/2015 berdasarkan produktiviti harian yang semakin meningkat sehingga 40 – 50 point sehari (purata 10 point / mesin)
- Peningkatan produktiviti harian adalan bermula dari penambahan mesin pelantak cerucuk dari 3 buah kepada 5 buah.
- Waktu bekerja juga telah ditingkatkan dari 8 jam bekerja ke 10 jam bekerja sehari dan 7 hari seminggu.

 

ISU BERKAITAN PBT

 

1. TENAGA NASIONAL BERHAD
Pengalihan 2 batang tiang TNB telah dipohon 17 November 2014. Staf TNB ada datang melawat tapak pada 30 November 2014 dan memohon disediakan laluan akses yg baik untuk pengalihan tiang.
Status terkini – pegawai yang dihubungi memaklumkan kerja- kerja pemulihan bekalan elektrik pasca banjir lebih diutamakan buat masa sekarang. Pengalihan tiang ini akan dibuat setelah kerja- kerja diatas siap.

2. TELEKOM MALAYSIA BERHAD
Pengalihan 1 batang tiang TELEKOM telah dipohon 17 November 2014.
Status terkini – pihak Telekom memaklumkan akan membuat pengalihan tiang pada 1 Febuari 2015.

 

KESAN DARIPADA BANJIR

BERMULA 23.12.2014 SEHINGGA 29.12.2014, SEMUA LALUAN KE KUALA KRAI DI TUTUP. (7 hari)

BERMULA 24.12.2014 SEHINGGA 31.12.2014, BEKALAN ELEKTRIK DIPOTONG DI SELURUH DAERAH KUALA KRAI. (8 hari)

BERMULA 23.12.2014 SEHINGGA 03.01.2015, BEKALAN AIR TURUT DIPOTONG DI SELURUH DAERAH KUALA KRAI. (11 hari)

Perancangan Bulan Hadapan


PERANCANGAN KERJA BULAN HADAPAN
KERJA FIZIKAL

KERJA TANAH – Kerja tanah bagi kawasan Bangunan M&E, Waste Management serta kawasan STP.
KERJA PILING – Penyiapan penanaman kesemua baki point cerucuk bagi kawasan bangunan utama. (533 point daripada 1369 point keseluruhan).
KERJA PILING – Kerja penanaman cerucuk di blok M&E, housemen quarters dan nurse hostel.
KERJA BANGUNAN – Kerja-kerja pile cap akan bermula untuk sektor 2 dan sektor 3

 

Muat Turun


Kerjasama

  • Clients Logo
  • Clients Logo
  • Clients Logo
Laporan Kemajuan Januari 2015 | Kuala Krai