pm-melawat-projek-hkk-2016

PM lawat tapak hospital baharu Kuala Krai (Jun 2016)

IMG-20160619-WA0022

IMG-20160619-WA0020

IMG-20160620-WA0022

KUALA KRAI 19 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat serta meninjau kerja-kerja pembinaan projek hospital baharu daerah ini di Pahi di sini.
Perdana Menteri tiba di kawasan pembinaan tersebut pada pukul 4.55 petang dan disambut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Yang turut mengiringi Najib ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.
Perdana Menteri kemudian mendengar taklimat daripada Wakil Pengarah Projek Utama Jabatan Kerja Raya (JKR), Alias Adam kira-kira 10 minit mengenai kemajuan hospital baharu berkenaan sebelum beredar kira-kira pukul 5.20 petang.
Ini merupakan kunjungan kali pertama Najib ke tapak projek hospital baharu Kuala Krai yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei tahun depan.
Hospital baharu Kuala Krai yang bernilai RM304 juta itu akan menjadi mercu tanda serta kebanggaan rakyat negeri ini.
Projek yang tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 ini telah diumumkan Perdana Menteri sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober 2011.
Hospital di atas tapak seluas 100 hektar itu mula dibina pada Mei 2014 dan kini sedang berada di fasa kedua yang telah 55 peratus telah siap.
Projek itu melibatkan pembinaan 11 buah wad dengan 268 katil, lapan buah dewan bedah, lapan bilik bersalin serta pusat rawatan harian.
Selain itu, hospital tersebut juga bakal dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan 13 kepakaran khusus untuk rakyat di kawasan selatan negeri ini.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-lawat-tapak-hospital-baharu-kuala-krai-1.344816#sthash.2vbFkADu.dpuf