Adakah hospital ini milik swasta atau kerajaan?

Hospital ini adalah milik kerajaan kerana ianya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat dan dibina di atas tanah milik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kontraktor manakah yang terlibat di dalam pembinaan hospital ini?

Kontraktor utama ialah syarikat Pembinaan SPK sdn bhd dan terdapat juga sub-kontraktor lain yang terlibat di dalam pembinaan hospital Kuala Krai ini.

Adakah hospital baru ini akan menyediakan peralatan perubatan yang terkini dan standing dengan hospital swasta?

Ya, hospital ini akan dibekalkan dengan peralatan terkini dan canggih selaras dengan perkembangan semasa.

Adakah hospital Kuala Krai lama masih beroperasi setelah hospital baru dibuka nanti?

Jabatan Kesihatan Negeri akan memberi keputusan tentang perancangan masa depan hospital Kuala Krai lama.

Bilakah Projek ini dijangka siap sepenuhnya?

Projek ini dijangka siap pada tahun 2017

Adakah Kedudukan Hospital baru ini selamat daripada bencana banjir?

InsyaAllah kedudukan hospital ini adalah selamat dari masalah banjir berdasarkan pengalaman tahun lepas hospital ini dan kawasan sekitarnya terselamat daripada bencana banjir terbesar yang melanda negeri Kelantan

Adakah Hospital Baru ini akan menggantikan Hospital Kuala Krai yg tersedia ada sekarang?

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Berapakah kapasiti wad pesakit untuk hospital ini?

Hospital ini berkapasiti 286 katil bagi kesemua wad yang disediakan.

Berapa jauh hospital baru ini dari pusat bandar Kuala Krai?

Jarak hospital Kuala Krai baru dari pusat bandar ialah sejauh 2km.

Soalan Lazim | Kuala Krai